Pengurusan hal ehwal MAIWP menjadi perhatian Azerbaijan
Dr. Mohd Daud Bakar bergambar bersama Gunduz Ismayilov
PUTRAJAYA, 24 Mei - Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri mengenai Persatuan Agama Republik Azerbaijan, Gunduz Ismayilov bersama rombongan membuat kunjung hormat di MAIWP Putrajaya.
Kunjungan mereka disambut oleh Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, S.S Datuk Prof Madya Dr. Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Rombongan telah ditaklimatkan mengenai fungsi MAIWP, pentadbiran hal ehwal Islam, peranan masjid dan kaedah menangani Islamophobia di negara ini.
Pertemuaan tersebut memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam pengurusan hal ehwal Islam terutamanya pendekatan Maqasid Syariah negara ini.