MAIWP SALUR RM1 JUTA PROGRAM ATM
Dr Mohd Daud Bakar menyampaikan sumbangan kepada Haji Affendi Buang
TITIWANGSA, 16 Mei - Bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) buat warga Angkatan Tentera Malaysia ditingkatkan kepada RM1,000,000.00 demi memberi sokongan terhadap program dan aktiviti yang disusun di bawah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) tahun 2023.
Serahan sumbangan disampaikan oleh Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP kepada Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang, Panglima Angkatan Tentera Malaysia disaksikan oleh Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP di Dewan Salahudin Al-Ayubi, Masjid Khalid bin Al-Walid, Kementah, Kuala Lumpur.
Bantuan MAIWP melalui dana wang zakat antaranya, merangkumi; Bantuan Keperluan Pengurusan, Logistik Jabatan Arah KAGAT, Bantuan Pengoperasian, Pengimarahan, Program Seminar Kaunseling Islam, Bengkel Integriti, Bantuan Program Nadwah Ilmiah Perdana (NAIM) Agensi Agama Wilayah Persekutuan dan banyak lagi.
Terima Kasih Pembayar Zakat Pusat Pungutan Zakat, Amanah Anda MAIWP Laksanakan.