MAIWP BERSAMA INSAN ISTIMEWA RAIKAN AIDILFITRI
Dr Mohd Naim menyampaikan sumbangan kepada Ras Adiba Radzi
KUALA LUMPUR, 20 Mei – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) julung kalinya meraikan Aidilfitri bersama Persatuan OKU Sentral, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dan Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Majlis disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan penyampaian sumbangan Aidilfitri Rahmah Madani kepada Datuk (Dr.) Ras Adiba Radzi, Presiden Persatuan OKU Sentral dengan jumlah sumbangan RM90 ribu.
Seramai 300 insan istimewa diraikan pada majlis ini dengan setiap orang akan menerima sumbangan barangan Aidilfitri bernilai RM100.00 dan duit raya RM200.00.
Kehadiran hampir 700 orang meraikan Majlis Jalinan Aidilfitri Rahmah Madani MAIWP bersama insan istimewa dan keluarga merasai kemeriahan menyambut Syawal.
Perkara ini adalah tanggungjawab dan membuktikan MAIWP menyantuni setiap komuniti di Wilayah Persekutuan.
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Quran, surah Al-Hujuraat: 13)
Pada majlis tersebut turut hadir memeriahkan Aidilfitri Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob dan Haji Zainal Abidin Shaik Zakaria, Ahli MAIWP dan Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Semoga sumbangan ini mengembirakan dan keceriaan kepada Insan Istimewa tersebut.