MAIWP SUMBANG RM1.5 JUTA RMT SEKOLAH MENENGAH
Dr Mohd Daud Bakar menyampaikan sumbangan MAIWP kepada Fadhlina Sidek
PUTRAJAYA, 19 Mei - Program Rintis Makanan Tambahan (RMT) pelajar sekolah menengah Wilayah Persekutuan mendapat perhatian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui sumbangan kewangan.
Sempena Majlis Jalinan Mesra Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya International Convention Centre (PLCC), Putrajaya, sumbangan untuk RMT bernilai RM1.5 juta disampaikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP kepada YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia dengan disaksikan oleh Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
MAIWP meluluskan program bantuan makanan tambahan kepada 1,000 pelajar sekolah menengah Wilayah Persekutuan melibatkan 12 sekolah dengan kelulusan sebanyak RM1.5 juta.
Program ini adalah kerjasama MAIWP dengan Yayasan Didik Negara.
Sebelum ini, makanan Rancangan Makanan Tambahan hanya diberikan kepada sekolah rendah sahaja, berikutan peningkatan harga makanan dan taraf ekonomi yang semakin mencabar, MAIWP tampil membantu anak-anak yang terdiri daripada asnaf ini.
MAIWP amat mengalu-alukan jalinan kerjasama daripada semua pihak tidak kira sektor kerajaan mahupun swasta bagi memastikan setiap pelajar asnaf mendapat makanan yang mencukupi.