Pesakit HKL terima duit raya

Saiz Tulisan :

mini DSC05916

ZAINAL Abidin Shaik Zakaria, bersama Dr. Rohana Johan memegang cek cura

 

KUALA LUMPUR,  10 Mei - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meneruskan amalan menyantuni asnaf daripada golongan pesakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Azizah (HTA) melalui program Sumbangan Rahmah Madani Aidilfitri MAIWP.

Seramai 500 pesakit Wad Dewasa Hospital Kuala Lumpur menerima bantuan tunai RM200.00 seorang dengan jumlah perbelanjaan RM100,000.00.

Manakala Sumbangan Cenderahati Hamper turut disampaikan kepada 500 pesakit Wad Kanak-Kanak Hospital Tunku Azizah bernilai RM100.00 sebuah dengan jumlah perbelanjaan RM50,000.00.

Sumbangan disampaikan oleh Tuan Haji Zainal Abidin Bin Shaik Zakaria, Ahli MAIWP kepada Datin Paduka Dr. Rohana Johan, Pengarah Hospital Kuala Lumpur disaksikan oleh Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP di Auditorium Utama, HKL.

Haji Zainal semasa berucap membacakan sebuah hadith tentang pengampunan Allah SWT kepada seseorang muslim yang ditimpa penyakit dan keresahan yang menimpa dirinya kerana sifat cekalnya menghadapi musibah, diriwayatkan oleh Abi Said al-Khudri dan Abi Hurairah r.a daripada Imam al-Bukhari:

 

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا، إِلاَّ كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ ‏

 

“Tidaklah ditimpa seseorang muslim itu sesuatu penyakit dan keletihan kegusaran, dan kesedihan gangguan dan kesukaran, sekalipun duri yang melukainya melainkan dihapuskan Allah SWT akan kesalahan-kesalahannya.”

 

Ketika ditemui media, Datin Paduka Dr. Rohana Johan berkata, sumbangan duit raya daripada MAIWP, dilihat dapat membantu ekonomi pesakit yang terdiri daripada golongan asnaf untuk menyelesaikan bil hospital dan membeli keperluan harian sepanjang keberadaan mereka di hospital.

Pengurusan tertinggi MAIWP dan HKL berkesempatan menyantuni dan menyampaikan bantuan duit raya kepada pesakit di wad.

Turut hadir pada program ini Encik Mohd Fauzi  Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP.

 

mini_DSC05916.jpgDSC05992.jpgDSC05961.jpgDSC05916.jpgDSC05876.jpgDSC05908.jpgDSC05851.jpgDSC05912.jpgDSC05819.jpgDSC05823.jpgDSC05803.jpgDSC05807.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!