MAIWP taja pelajar IPTA balik kampung

Saiz Tulisan :

 mini DSC03853

Dr. Mohd Daud Bakar dan VIP bergambar beramai-ramai bersama mahasiswa

 

KUALA LUMPUR, 16 April - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) taja pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA); Universiti Malaya (UM), Universiti Teknolongi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) -. kurang berkemampuan balik kampung sambut hari raya.

Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, program yang julung kali diadakan bagi meraikan hari raya yang bakal tiba.

"Kita tahu mereka bukan dari kalangan orang berduit, ada ibubapa yang sanggup bergadai untuk beli tiket pulang beraya di kampung".

Tambah beliau melalui program "Jom Balik Raya", MAIWP telah menjalinkan  kerjasama bersama empat buah insititusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sekitar Lembah Klang dengan melibatkan seramai 1,576 pelajar yang terpilih.

Sebanyak 45 buah bas disediakan oleh MAIWP  untuk mahasiswa menuju destinasi mereka di seluruh Semenanjung, dan manakala Universiti Malaysia sahaja memerlukan 15 buah bas untuk membawa 500 mahasiswa mereka.

Besar harapan MAIWP agar para penerima bantuan ini akan berjaya dalam kerjaya mereka serta membayar zakat agar ekosistem zakat dapat diteruskan.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!