MAIWP agih RM76 juta sepanjang Ramadan 1444H

Saiz Tulisan :

mini DSC03658 

Dr. Mohd Daud Bakar bergambar dengan penerima cek cura

 

BATU, 16 April - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengagihkan zakat RM76 juta kepada asnaf menerusi pelbagai program dan inisiatif sepanjang Ramadan tahun ini.

Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP ketika ditemui berkata sebahagian daripada Bantuan Aidilfitri berjumlah RM31 juta disalurkan kepada asnaf pada awal Ramadan untuk persediaan sambutan Hari Raya.

"Insya-Allah, esok MAIWP akan terus membayar baki sumbangan RM500  kepada semua penerima bulanan kami, iaitu 30,000 keluarga asnaf di kawasan Kuala Lumpur," beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Perdana dan Bantuan Aidilfitri MAIWP Kompleks Darul Kifayah, Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut, seramai 278 anak asnaf Darul Kifayah menerima duit raya RM300 seorang serta kelengkapan pakaian raya sumbangan MAIWP.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!