SENTUHAN MAIWP KEBAHAGIAN ANAK-ANAK ASNAF
Syed Zainal Abidin Syed Zainal sampaikan bantuan MAIWP kepada Siti Rahayu Baharin
KUALA LUMPUR, 11 April - Pendidikan merupakan antara usaha MAIWP, memperkasa ekonomi para asnaf.
Melalui pendidikan kehidupan asnaf dapat diubah dari penerima zakat kepada pembayar zakat.
Maka, MAIWP menyampaikan Bantuan Kewangan berjumlah RM15,000.00 kepada Persatuan Buku Jalanan Chow Kit dan RM15,000.00 kepada Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab sebagai usaha murni dalam menyantuni dan memperkasa pendidikan di kalangan anak asnaf.
Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Zainal, Ahli MAIWP kepada Puan Siti Rahayu Baharin, pengasas bersama Persatuan Buku Jalanan Chow Kit disaksikan oleh Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Turut disampaikan, sumbangan berbentuk wang tunai berjumlah RM200.00 kepada 50 pelajar Persatuan Buku Jalanan Chow Kit dengan jumlah sumbangan sebanyak RM10,000.00.