Seronok dapat bantuan daripada MAIWP
SYED Zainal Abidin sampaikan bantuan MAIWP kepada Hasnita Hasmat PK Kokurikulum SBJK
KUALA LUMPUR, 11 April - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meneruskan sumbangan bantuan tunai berjumlah RM15,000.00 kepada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih bertujuan Membantu Aktiviti dan Operasi sekolah bagi tahun 2023.
Dana tersebut disalurkan menyokong Dasar Pendidikan Wajib Kementerian Pendidikan Malaysia yang memberi peluang kepada kanak-kanak dari golongan asnaf untuk mendapatkan pendidikan formal menerusi program yang dilaksanakan.
Duit raya berjumlah RM200.00 turut disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Zainal, Ahli MAIWP kepada 100 pelajar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM20,000.00.
Wajah gembira anak-anak sempat dirakam ketika menerima duit raya daripada MAIWP.
Pastinya MAIWP terus membantu sektor pendidikan negara demi memperkasa medium pendidikan terutamanya anak-anak asnaf.
Hadir sama pada majlis ini, Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.