MAIWP meriahkan 1 Syawal 1444H bertakbir raya

Saiz Tulisan :

mini 1e4d2659 6182 4c04 bfc3 be67c1994c1a

Kumpulan takbir raya MAIWP 1444H 

 

BATU, 7 April 2023 - Rakaman takbir Aidilfitri 1444H oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diadakan di Surau Al-Khir, Kompleks Darul Kifayah, Kuala Lumpur.

Seramai 38 peserta membentuk pasukan takbir yang dihadiri oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, Ahli-Ahli MAIWP, pengurusan MAIWP, pelajar-pelajar Darul Kifayah dan pelajar Pondok Moden Al-'Abaqirah.

Rakaman takbir raya dijalankan selepas salat Jumaat oleh TV Alhijrah dengan disaksikan oleh ratusan jemaah yang menunjukkan sokongan solidariti semasa penggambaran.

Rakaman tersebut dijangka bersiaran pada malam Aidilfitri 1444H bagi memeriahkan suasana malam tersebut.

Ulama membahagikan takbir raya kepada dua jenis, iaitu; Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad.

“Takbir Mursal disebut juga Takbir Mutlak dilakukan pada raya Aidilfitri, perlaksanaannya tidak terikat dengan waktu salat, ketika tenggelamnya matahari pada malam Maghrib 1 Syawal dan ketika itu disunatkan bertakbir sepanjang masa sehinggalah takbiratulihram pada salat Aidilfitri.

“Takbir Muqayyad pada raya Aidiladha pula, perlaksaanannya bermula waktu Subuh 9 Zulhijjah, disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan salat fardu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah, menjadikan waktu bertakbir 5 hari 4 malam.”

Selain pengerusi MAIWP, turut memeriahkan kumpulan takbir terdiri daripada; Datuk Azmi bin Abu Kassim (Ketua Polis Kuala Lumpur), Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Taha ( Pegawai Istana Negara), Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sulaiman bin Mahbob (Ahli MAIWP), Datuk Mohd Ajib bin Ismail (Pengarah JAWI), Encik Mohd Nizam bin Haji Yahya (Pemangku KPE MAIWP).

Manakala mengetuai takbir raya dipimpin oleh Ustaz Ahmad Faidhul Irfan bin Ahmad Mustaffa Kamal, Ketua Imam Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur.

Kepada golongan yang disantuni; 'MAIWP bersama asnaf' - 'asnaf bersama MAIWP' jangan terlepas siaran, saksikan takbir raya pada malam Aidilfitri 1444H di TV Alhijrah dari kumpulan takbir Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, yang dikelolakan oleh Puan Sutera Manis binti Zamzam selaku Ketua Unit Komunikasi Korporat MAIWP.

'MAIWP sentiasa dihati - diingati selalu'

 

mini_1e4d2659-6182-4c04-bfc3-be67c1994c1a.jpegScreenshot_2023-04-10_072742.jpg26201172-d86c-47c2-8569-45da2c795df2.jpeg0eb0717c-b725-419a-9238-13c883f76767.jpeg1e4d2659-6182-4c04-bfc3-be67c1994c1a.jpege089572b-6a4b-4b08-9163-865692c0a614.jpeg9a2a9576-db9f-4ace-a38b-f9987e51385d.jpegcdd6fc1d-f8d7-4bf3-80e6-3c7291f79d23.jpegf98a247c-3123-49df-9acf-5a316b3cf96b.jpeg4f967716-ab71-4d3c-bdd5-1f00304b11df.jpeg72979ce2-c1ea-4342-b6a0-a4c43502ae0f.jpeg1a0e157d-539e-4243-9759-7f6a93b04cfb.jpeg5c6fd515-c88f-40f3-8c14-51f141d81cfd.jpeg18a2d41f-7b03-4988-adfc-0669d8ecec69.jpeg179e0e45-2ca4-40c2-b97c-ee56e1c1bc91.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!