PM saran warga JPM imarahkan Ramadan dengan tilawah, tadabbur dan tazkirah

Saiz Tulisan :

mini 339738515 612757316987010 4008531276484107053 n

 Anwar Ibrahim mengusulkan warga JPM mengimarahkan Ramadan Al-Kareem

 

PUTRAJAYA, 3 April 2023 – YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, menyarankan kepada warga JPM memanfaatkan bulan Ramadan dengan imarah berbentuk tadabbur, tazkirah dan mentelaah Al-Quran dan Hadith.

Beliau berkata semasa perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya.

Perdana Menteri membacakan sepotong ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 185 dan menterjemahkannya:

Screenshot 2023 04 05 093815

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

 

“Saya sengaja kaitkan dengan perhimpunan ini dengan Ramadan, Al-Quran, kerana kita harus dalam kesibukan setiap hari – malam, mendekatinya dengan membaca, menelaah dan menghadam.

“Ada dalam tradisi kita, yang menjurus kepada khatam - itu terserah, tapi saya masih ingat pesanan salah seorang syeikh saya, Syeikh Taha Jabir  Al-Alalwani, katanya, perkara afdal tidak boleh ditinggalkan, ialah maksud turunnya al-Quran ini, supaya menjadi  petunjuk kepada manusia, kita dapat menilai di antara yang baik dengan yang buruk, makruf dengan mungkar, yang hak dengan yang batil tetapi caranya bagaimana, tentunya membaca, memahami, menelaah, menghayati, sebab itu lebih baik kalau diadakan majlis-majlis, saya usulkan, maklum kepada Tan Sri KSN supaya semua jabatan, kementerian, agensi ada majlis singkat, waktu zohor, dari jam 1.00 tengah hari hingga Zohor, iaitu; tazkirah dengan menumpukan satu dua ayat Al-Quran dan  menelaah supaya dapat menghadam.

“Sebab itu Generasi awal di bawah pimpinan Rasulullah SAW disebut sebagai   Screenshot 2023 04 03 125629  ‘Jiilun Quraaninun Farid’  - Generasi Al-Quran yang unik kerana memahami, menghayati dan mengamalkan,” demikian seloroh YAB Perdana Menteri sebagai tazkirah pagi pula ketika berucap di hadapan warga Jabatan Perdana Menteri.

Dato' Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan perhimpunan, bahawa jadual lawatan beliau di Kemboja dan China telah ditetapkan sebelumnya, kebetulan pula berlaku pada bulan Ramadan Al-Mubarak. 

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadan yang merupakan suatu bulan yang diberkati. Allah telah memfardukan ke atas kamu untuk berpuasa di dalamnya.

"Pada bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dirantai syaitan-syaitan yang jahat. Pada bulan ini terdapatnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

"Sesiapa yang terhalang dari mendapatkan kebaikan malam itu sesungguhnya dia telah terhalang (dari rahmat Allah)." ( Hadith riwayat Al-Nasaie )

 

mini_339738515_612757316987010_4008531276484107053_n.jpgFsctqNpaIAA-v6X.jpeg974d2d96-e3f2-4ad1-a2a5-609c9083afea.jpeg339738515_612757316987010_4008531276484107053_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!