MAIWP: Sumbangan RM1.7 juta urus kefahaman Islam mualaf

Saiz Tulisan :

 mini DSC09058 1

 Dr. Mohd Naim Mokhtar memegang cek cura saguhati iftar saudara kita

 

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan sebanyak RM1.7 juta kepada penganjuran program-program dakwah dan pendidikan kebajikan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) 'Non-Governmental Organization' bagi memperkasa kefahaman Islam kepda saudara kita di Wilayah Persekutuan.

Bantuan tersebut disampaikan oleh  YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika majlis  Rahmah Ramadan MAIWP “Iftar Bersama Saudara Kita” di Dewan Semarak Kayangan, Balai Felda, Kuala Lumpur.

“Bantuan-bantuan yang dimaksudkan diberikan kepada PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) sebanyak RM800,000.00, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) sebanyak RM200,000.00, Pertubuhan Gerakan India Muslim Malaysia (GEPIMA) sebanyak RM200.000.00 dan Hidayah Centre Foundation sebanyak RM350,000.00.

“Semoga langkah proaktif NGO ini sedikit sebanyak dapat membantu MAIWP dan kerajaan dalam usaha meningkatkan kefahaman dan keindahan Islam kepada masyarakat, terutamanya di kalangan mereka yang baru mengucap dua kalimah syahadah dan kepada mereka yang baru mahu kembali kepada fitrah,” ujar YB Menteri ketika berucap dalam majlis  Rahmah Ramadan MAIWP “Iftar Bersama Saudara Kita”.

YB Menteri juga menyampaikan anugerah kepada saudara kita bagi menghargai pencapaian mereka mengikut tiga kategori; Penerima Kategori Dakwah disampaikan kepada Ahmad Daniel AlHafiz bin Aduka, Kategori Keusahawanan diberikan kepada Sumayyah Teng Yoke Chin dan Kategori Pendidikan menjadi milik Afrina Catherine binti Edwin Chan, masing-masing menerima wang tunai RM2,000.00 seorang berserta sijil penghargaan.

Menteri Hal Ehwal Agama mengingatkan semua yang hadir tentang kehidpuan ini sebagaimana disebutkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran:

Screenshot 2023 03 31 090903

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu ...” (Quran, surah al-Mulk: 2)

 

Majlis iftar tersebut mendapat sokongan QSR Brands melalui penajaan menu berbuka puasa KFC, dan penerima wakalah individu PPZ-MAIWP, Mohamad Safri Shahul Hamid, menyumbang makanan sejuk beku kepada saudara kita yang hadir.

Turut hadir meraikan saudara kita, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, Datuk Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP,  Encik Mohd Nizam Yahya Pemangku Ketua Pegawai Esekutif MAIWP, rakan-rakan strategik MAIWP, dan pimpinan NGO.

Dalam majlis tersebut, seramai 500 saudara kita diraikan, di samping itu mereka juga menerima wang tunai RM300.00 seorang dan barangan makanan sebagai buah tangan.

Sebelum majlis perasmian, program diserikan dengan ceramah ‘Bicara Ramadan’ oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Rektor/Ketua Eksekutif Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merangkap Ahli MAIWP.

Ketika mengakhiri ucapan, Dr. Mohd Na'im berharap lebih ramai pembayar zakat akan tampil menunaikan tanggungjawab mereka dan ia akan memudahkan MAIWP mengagihkan zakat kepada golongan sasar yang layak.

 

#MAIWP #RahmahRamadanMAIWP

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!