MAIWP bersama TV AlHijrah menyantuni orang ramai di TBS

Saiz Tulisan :

Screenshot 2023 03 29 123424

 

BANDAR TUN RAZAK, 28 Mac 2023 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)  bersama TV AlHijrah mengagihkan 700 pek bubur lambuk  untuk orang ramai di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasek Selatan, Kuala Lumpur.

Program tersebut bertujuan menyantuni orang ramai yang meninggalkan Kuala Lumpur dan yang baru sampai dari pelbagai destinasi di samping mengimarahkan Ramadan dengan aktiviti-aktiviti kebajikan dan mengeratkan ukhuwah.

Agihan bubur lambuk tersebut merupakan kempen Ramadan tahunan yang dilaksanakan oleh TV AlHijrah.

 

Agihan bubur lambuk tersebut

merupakan kempen Ramadan tahunan

yang dilaksanakan oleh TV AlHijrah

 

Edaran bubur lambuk bermula jam 3.00 petang kepada orang ramai dari pelbagai kaum, bangsa dan agama.

Usaha ini selari dengan Pelan Transformasi Al-Falah yang diperkenalkan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam usaha menjayakan inisiatif kerajaan Malaysia bagi mewujudkan masyarakat Malaysia MADANI.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!