Fisioterapi MAIWP di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Dr. Mohd Daud Bakar menandatangani perasmian Pusat Fisioterapi
MAIWP disaksikan oleh Dato' Noorazman Idris, Presiden K2S
merangkap Timbalan Pengerusi Masjid Abu Ubaidah al-Jarrah
SETIAWANGSA, 28 Mac 2023 - Untuk julung kalinya Pusat Fisioterapi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditubuhkan bagi komuniti Masjid Abu Ubaidah al-Jarrah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP.
“MAIWP membelanjakan sebanyak RM 300,00.00 untuk membina prasara Pusat Fisioterapi MAIWP untuk kemudahan komuniti setempat.
“Di samping itu sebanyak RM320,000.00 disalurkan untuk membiayai keperluaan asnaf yang menjalankan fisioterapi di sini,” ucap Tan Sri Pengerusi MAIWP.
Menurut Dr Mohd Daud, pembinaan pusat tersebut merupakan pengalaman pertama MAIWP dalam menyediakan bangunan dan peralatan rawatan untuk membantu 400 asnaf mendapatkan manfaat rawatan secara percuma di pusat tersebut.
Pusat Fisioterapi MAIWP merintis suatu pendekatan dalam memberi ruang dan peluang kepada asnaf, masyarakat awam dan komuniti setempat dengan kos yang berpatutan.
Pusat terapi tersebut dikendalikan oleh Masjid Abu Ubaidah al-Jarrah, melalui sokongan Pertubuhan Sokongan Komuniti Sejahtera (K2S) sebagai pengendali operasi Pusat Fisioterapi MAIWP.
Pengerusi MAIWP juga berkata pada masa akan datang projek penubuhan pusat fisioterapi seumpama itu akan dikembangkan lagi di masjid-masjid lain di Wilayah Persekutuan.