RAHMAH RAMADAN MAIWP “IFTAR BERSAMA SAUDARA KITA”

Saiz Tulisan :

logo maiwp 2020

 

SIARAN MEDIA

 

29 Mac - 'Rahmah Ramadan MAIWP' hari ini, MAIWP meraikannya bersama Saudara Kita di Dewan Semarak Kayangan, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Istimewanya 'Rahmah Ramadan MAIWP', Saudara Kita dirai melalui iftar khas sebagai keprihatinan MAIWP kepada asnaf yang menjadi suatu usaha kolektif semua agensi seperti JAWI dan NGO-NGO yang komited dalam membantu mualaf secara menyeluruh. 

Program ini akan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang turut menyampaikan sumbangan kepada:

 

i)   Pertubuhan Kebajikan Islam Kebangsaan (PERKIM) sebanyak RM800 ribu,

ii)  Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) sebanyak RM200 ribu.

iii) Pertubuhan Gerakan India Muslim Malaysia (GEPIMA) sebanyak RM200 ribu.

iv) Hidayah Centre Foundation sebanyak RM350 ribu.

 

Dalam majlis itu, YB Menteri turut menyampaikan 3 kategori anugerah bagi menghargai pencapaian Saudara Kita pada tahun 2022. Penerima Anugerah Kategori Dakwah diberikan kepada Ahmad Daniel AlHafiz bin Aduka, penerima Anugerah Kategori Keusahawan kepada Saad Kong dan penerima Anugerah Kategori Pendidikan ialah Afrina Catherine binti Edwin Chan. Kesemua penerima anugerah menerima  wang tunai berjumlah RM2,000.00 seorang berserta sijil penghargaan.

Pada majlis sama, MAIWP turut menyumbang wang tunai sebanyak RM300.00 seorang kepada 500 orang Saudara Kita, dan dengan jumlah peruntukan keseluruhan bantuan yang disalurkan sebanyak RM1.7 juta.

Pada program ini, QSR Brands menaja menu berbuka puasa KFC, manakala Mohamad Safri Shahul Hamid, penerima wakalah individu PPZ-MAIWP turut menyumbang makanan sejuk beku kepada semua Saudara Kita bagi kegembiraan dan keceriaan mereka.

Turut hadir bersama Datuk Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI,  Encik Mohd Nizam Yahya Pemangku Ketua Pegawai Esekutif MAIWP, dan rakan-rakan strategik MAIWP, QSR Brand dan pimpinan NGO.

Unit Komunikasi Korporat

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

29 Mac 2023

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :

Sutera Manis binti Zam Zam

Ketua Unit Perhubungan Korporat MAIWP

Tingkat 11, Bangunan Perkim

Jalan Sultan Azlan Shah,

Kuala Lumpur

E-mel : sutera.manis@maiwp.gov.my

Telefon : 03-4047 9406 / 012 667 2594

Siti Noor Nazlia Binti Nordin

Unit Perhubungan Korporat MAIWP

Tingkat 11, Bangunan Perkim

Jalan Sultan Azlan Shah,

Kuala Lumpur

E-mel : nazlia@maiwp.gov.my

Telefon : 03-4047 7626 / 014-981 2188

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!