Kunjungan hormat MAIWP di Arkib Negara Malaysia
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar menandatangani buku pelawat
KUALA LUMPUR, 20 Mac 2023 - Kunjung hormat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Arkib Negara Malaysia disambut oleh Dato’ Jaafar Sidek Haji Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, di Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta), Kuala Lumpur.
Bersama Dato’ Jaafar sidek turut menyambut rombongan MAIWP, pegawai-pegawai beliau.
Kunjung hormat MAIWP diketuai oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pegerusi MAIWP.
Semasa lawatan, rombongan MAIWP telah ditaklimatkan berkaitan fungsi Arkib Negara Malaysia, melawat ruang pengendalian makmal, melihat bahan-bahan manuskrip, artikel-artikel, gambar-gambar, akhbar, majalah, buku-buku, catatan-catatan, risalah berusia puluhan tahun disimpan oleh Arkib Negara Malaysia.
Kunjungan MAIWP juga bertujuan menyerahkan bahan rekod MAIWP khususnya bahan-bahan berkaitan Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP kepada Arkib Negara Malaysia.
Pada akhir kunjungan hormat, kedua-dua pihak bertukar-tukar cenderamata dan bergambar kenang-kenangan.
Terima kasih Arkib Negara Malaysia - Terima kasih daun keladi, layanan baik kami amat hargai.