MUSA’ADAH MADANI AGENSI AGAMA - MAIWP SALUR RM 1 JUTA BANTU MANGSA BANJIR
Putrajaya, 9 Mac - Prihatin terhadap mangsa-mangsa bencana banjir di negeri Johor yang berlaku baru-baru ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menggerakkan misi bantuan banjir Skuad Musa’adah Madani di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Majlis Pelepasan Misi Bantuan Banjir Skuad Musa’adah Madani telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada pagi ini di Kompleks Islam Putrajaya.
Sebanyak RM2,107,400.00 telah diperuntukan untuk membantu masyarakat yang terkesan akibat banjir. Antara agensi agama yang memberikan sumbangan adalah MAIWP sebanyak RM 1,000,000.00.
15 buah kenderaan termasuk tiga bas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan digerakkan bagi membawa pelbagai bentuk sumbangan keperluan segera mangsa banjir, kit ibadah, bekalan makanan kering dan basah, Food Bank makanan siap, penempatan tinggal sementara dan pelbagai lagi.
Semoga program seumpama ini dapat memberikan impak positif dalam menyahut hasrat YAB Perdana Menteri untuk menjadikan rakyat Malaysia yang bersatu padu di bawah slogan Malaysia Madani.