MAIWP di Kedah dirai harmoni
KEDAH, 23 Feb 2023 - ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’ benarlah slogan ini, sempena kunjungan hormat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
Semasa kunjung hormat MAIWP di Menara Zakat, Lembaga Zakat Kedah telah membuat beberapa program bagi rombongan merasai keharmonian negeri Kedah, antaranya; menyantuni rombongan meninjau Menara Alor Setar tanda mercu negeri Kedah.
Rombongan juga diraikan bermain boling di Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar.
Terima kasih Lembaga Zakat Negeri Kedah layanan harmoni dalam ingatan - 'tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain'.