Raja Muda Kedah berkenan hadir kunjung hormat rombongan MAIWP
KEDAH, 23 Feb 2023 - Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan hadir kunjung hormat rombongan Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.
Tengku Sarafudin Badlishah, Raja Muda Kedah merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.
Kunjung hormat rombongan MAIWP diketuai oleh Pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar.
Turut meraikan rombongan, Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
Terima kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah berkenan hadir kunjung hormat Ahli-Ahli MAIWP.