Kedah dan MAIWP merapatkan hubungan sedia mesra
KEDAH, 23 Feb 2023 - Kunjungan hormat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya merangkap Setiausaha Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berbahagia Dato' Syeikh Zakaria Bin Othman, di Menara Zakat, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Rombongan MAIWP diketuai oleh pengerusinya Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dan pegawai, turut serta kunjung hormat tersebut Datuk Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan dan Datuk Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Manakala turut bersama menyambut kunjungan hormat MAIWP, Sahibus Samahah Dato' Paduka Syeikh Haji Fadzil Bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah yang juga Ahli Lembaga Zakat dan pengurusan Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
Terima kasih Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman semoga 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'.