Norliyana Mohd Napiah, penerima tunggal APBB Disember 2022
KUALA LUMPUR, 21 Feb 2023 - Norliyana Mohd Napiah, dari Bahagian Agihan Zakat dinobat sebagai Pegawai penerima Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan (APBB) Disember 2022 sempena Perhimpunan Bulan Februari 2023 pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diumumkan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, encik Mohd Nizam bin Haji Yahya, di Dewan Seminar MAIWP, Kuala Lumpur.
Sijil penghargaan disampaikan oleh Mohd Nizam Haji Yahya, di hadapan 250 pegawai yang hadir pada perhimpunan tersebut.
Sebelum itu, satu slot perkongsian kesihatan telah disampaikan oleh Dato’ Dr Haji Azar Azman bin Abu Bakar, Pakar Perunding Perubatan dan Radiologi, Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Pada perhimpunam itu juga seramai 8 pesara diraikan, pasukan Dart MAIWP johan pertandingan Dart Begru Amatur Terbuka Tamingsari 2023 di Melaka dan Bantuan Persekolahan BKPM melalui Dana Wakalah Zakat kepada 130 pegawai.