MAIWP ANJUR PROGRAM MOTIVASI MAHASISWA CEMERLANG

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2023/16022023/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

mini DSC06771

KUALA LUMPUR, 16 April - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menganjurkan Program Motivasi Mahasiswa Tahun 2023.

Program dihadiri seramai 60 mahasiswa penerima biasiswa di bawah Skim Bantuan Biasiswa/Insentif Khas Pelajar Cemerlang MAIWP.

Para pelajar diberikan ceramah motivasi serta didedahkan dengan beberapa fungsi bahagian di MAIWP.

Program dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Dalam ucapannya beliau berkata, pada tahun ini MAIWP telah menaja pelajar seramai 76 mahasiswa, iaitu; 68 orang dari Kuala Lumpur, 7 orang dari Putrajaya, dan seorang penerima dari Labuan dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM2.78 juta.

Bantuan bertujuan membantu pelajar daripada aspek wang saku, yuran pembelajaran dan buku yang menjadi keperluan pengajian.

Setiap pelajar akan menerima antara RM25 ribu hingga RM45 ribu seorang sepanjang pengajian.

Dalam majlis tersebut YBrs. Encik Mohd Nizam bin Haji Yahya, menyampaikan Surat Tawaran Biasiswa kepada mahasiswa serta penyampaian cek cura berjumlah RM2,778,693.00 kepada wakil pelajar.

Terdahulu para mahasiswa telah pun dipilih sebagai penerima biasiswa MAIWP melalui temuduga yang dilaksanakan oleh MAIWP.

Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan bebanan kos pengajian mereka disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara para mahasiswa dan MAIWP tidak terhenti setakat program ini sahaja, bahkan dapat terus terjalin untuk kerjasama yang akan datang.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!