LAWATAN KERJA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DI MAIWP
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
15 Feb 2023 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima lawatan kerja daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Delegasi LZS seramai lima orang diketuai oleh Tn. Md Yusmizan bin Yusuf, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS.
Delegasi disambut oleh YBrs. Encik Ahmad Talmizi bin Yahaya, Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP dan pegawai-pegawai MAIWP.
Lawatan LZS adalah bertujuan bagi melihat dengan lebih dekat sistem permohonan bantuan zakat perubatan di MAIWP.
Selain itu, MAIWP dan LZS berkongsi pengalaman dalam pelbagai konflik yang dihadapi serta kaedah menangani permasalahan yang berbangkit.
Diharapkan dengan lawatan kerja ini dapat memberi input dan berkongsi idea antara pihak MAIWP dan LZS serta dapat merealisasikan harapan kedua-dua belah pihak agar pelaksanaan agihan lebih efisien dan teratur.