Misi bantuan banjir negeri Johor

Saiz Tulisan :

mini DSC03681

YB Menteri, Senator Datuk Mohd Na'im Haji Mokhtar 

ketika melakukan pelepasan kepada konvoi misi banjir negeri Johor

 

KUALA LUMPUR, 10 Feb - Konvoi misi banjir Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP Insani) ke Johor Darul Ta'zim dilakukan pelepasannya oleh YB Senator Datuk Mohd Na'im Haji Mokhtar,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Konvoi MAIWP Insani  melibatkan 23 kenderaan dengan 75 peserta; membawa sumbangan barangan keperluan, set peralatan sekolah dan peralatan pembersihan dengan memberi tumpuan di derah Batu Pahat dan Kluang.

MAIWP menyalurkan bantuan kewangan RM1 juta kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan sumbangan barangan dan peralatan pembersihan berjumlah RM250.00.

Di samping itu, sumbangan-sumbangan daripada syarikat MAIWP, antaranya; 600 unit set peralatan persekolahan dan 1,000 barangan makanann ditaja oleh Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, 1,000 unit barangan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP), 100 unit barangan daripada Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL).

Misi bantuan banjir MAIWP Insani, bukan sahaja menyerahkan sumbangan barangan, tetapi juga melakukan kerja-kerja amal dan pembersihan di beberapa buah rumah mangsa banjir, melakukan pemeriksaan kesihatan oleh Hospital Pusrawi dan MAIWP Healthcare, sehingga 12 Februari 2023.

  

“Semoga sumbangan kecil kita semua akan dapat membantu urusan menyelamat dan

meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat 2:

 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

[المائدة: 2]

 

“...Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam membuat kebajikan dan bertakwa.

Dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa (maksiat) dan pencerobohan

(melampaui batas-batas ajaran Allah), dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah

amat berat azab-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)”

  

Misi bantuan banjir MAIWP Insani dijayakan dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP), Hospital Pusrawi Sdn. Bhd., Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan,  MAIWP Dagang, MAIWP Healthcare dengan Rakan Strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Yayasan EZ Prihatin.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!