TADIKA PERMATA MAIWP 2022 DIRAI DALAM MAJLIS GRADUASI
Kuala Lumpur, 7 Februari - Majlis graduasi Tadika Permata MAIWP 2022 telah berlangsung dengan jayanya di International Youth Centre (IYC) Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Lebih 2,500 pelajar diraikan dalam majlis ini.
Majlis graduasi telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIWP merangkap Ahli MAIWP.
Dalam ucapannya beliau turut berkongsikan pelbagai usaha penambahbaikan telah dirancang bagi memastikan tadika MAIWP kekal relevan menjadi pilihan masyarakat bandar.
Antaranya Program Transformasi Tadika MAIWP termasuklah pembaharuan pada imej tadika, operasi tadika dan pelaksanaan inovasi di tadika serta ”MAIWP KIDS” (MK) sebagai alternatif dan pilihan kepada tadika premium di MAIWP.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada ibubapa dan para pelajar kerana sudi hadir memeriahkan majlis.
Majlis ini diadakan setiap tahun bertujuan memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah berjaya menamatkan persekolahan prasekolah.
Majlis Graduasi Murid Tadika Permata MAIWP ini telah diadakan selama tiga hari bermula 7 Februari hingga 9 Februari 2023.