TIMBALAN MENTERI HAL EHWAL UGAMA ISLAM BRUNEI KETUAI DELEGASI KE MAIWP
3 Feb 2023 - MAIWP pada hari ini menerima kunjungan muhibbah daripada Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam Brunei dan Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei.
Delegasi tersebut diketuai oleh Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, selaku Naib Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunie (MUIB) dan Pengerusi Lembaga Pengarah Badan Tahmiah Harta Majlis Ugama Islam Brunei.
Delegasi telah disambut oleh YBrs. Encik Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP serta pengurus-pengurus bahagian MAIWP dan Ketua-Pegawai Eksekutif Anak Syarikat MAIWP.
Kunjungan ini bertujuan bagi mengukuhkan persahabatan dan mempertingkatkan rangkaian hubungan serta membincangkan peluang kerjasama baharu yang dapat diteroka bersama MAIWP dan usaha membangunkan komuniti Islam melalui kerjasama dan peluang integrasi serantau semasa dan masa hadapan.
Delegasi telah diberikan penerangan berkenaan pengenalan dan fungsi MAIWP secara amnya serta perincian dari setiap bahagian secara khususnya.
Terdahulu, delegasi telahpun melawat ke beberapa anak syarikat MAIWP, antaranya Kolej Antarabangsa Islam MAIWP (UCMI) dan Hospital Pusrawi.