Malam Penghargaan buat YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim Mokhtar
30 Jan 2023 - MAIWP pada harini menganjurkan Majlis Seharum Budi Selaut Budi bagi mengenang jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim Mokhtar sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Ahli MAIWP pada tahun 2019 hingga 2022.
Majlis makan malam ini berlangsung meriah dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP serta Ahli-Ahli MAIWP, Barisan Pengurusan Tertinggi MAIWP dan Barisan Pengurusan Tertinggi Syarikat MAIWP.
YBhg. Tan Sri dalam ucapannya berkata, YB. Senator Dato’ Setia banyak memberikan idea, sumbangan, galakan dan dorongan serta mempunyai pemikiran Islam yang unik serta banyak membuat reformasi dalam perundangan Islam.
YB. Senator Dato’ Setia turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAIWP di atas penghargaan kepada beliau.
MAIWP menzahirkan ucapan terima kasih kepada YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim Mokhtar di atas segala jasa yang diberikan sepanjang 2 penggal bermula 20 Mac 2019.
MAIWP mendoakan yg terbaik dan sentiasa menyokong YB. Senator Dato’ Setia serta sangat berbangga dengan lantikan YB. Senator Dato’ Setia sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama bermula 2 Disember 2022.