MAIWP TERIMA KUNJUNGAN MUHIBBAH DARIPADA BRUNEI

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2023 01 30 at 10.22.31

KUALA LUMPUR, 30 Jan 2023 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada hari ini menerima kunjungan muhibbah daripada Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam Brunei dan Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei.

Rombongan tersebut diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Abdul Aziz Bin Haji Akop, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam, Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Rombongan telah dibawa untuk melawat beberapa lokasi anak syarikat MAIWP. Lokasi pertama di Farmasi PICOMS yang terletak di Sentul. Rombongan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif UCMI, YBrs. Prof. Dr. Wan Azizi bin Wan Sulaiman. Mereka diberi penerangan oleh ahli farmasi berkenaan operasi farmasi serta beberapa jenis ubatan yang disediakan seterusnya membuat lawatan ke Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI).

Kunjungan diteruskan dengan melawat ladang cili MAIWP yg terletak di Taman Koperasi Polis Fasa 2. Mereka diberi penerangan berkenaan konsep program, kaedah penanaman serta hasil keuntungan kepada MAIWP, asnaf serta syarikat yang dilantik.

Pada sebelah petang, kunjungan diteruskan ke Hospital Pusrawi bagi penerangan fungsi dan operasi Hospital Pusrawi. Rombongan turut dibawa melawat sekitar hospital, antaranya Jabatan Fisioterapi , Bilik Elektroterapi , Wad Raudhah dan Unit Hemodialisis.

Diharapkan dengan kunjungan ini dapat memberi input dan berkongsi idea antara pihak MAIWP dan BTHMUIB.

mini_WhatsApp_Image_2023-01-30_at_10.22.31.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!