IKON PENDIDIKAN MAIWP 2023

Saiz Tulisan :

mini DSC01537

Kuala Lumpur, 28 Jan 2023 - Dr. Muhammad Ameerullah bin Sahudin, 30 adalah Ikon Pendidikan MAIWP 2023 sempena Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diadakan di Dataran Merdeka, Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Dr. Muhammad Ameerullah merupakan  anak keempat daripada lima orang adik-beradik.

Ibunya  merupakan seorang ibu tunggal bertugas sebagai Lans Koperal.

Laluannya mudah bagi beliau menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (Kimia) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, pada tahun 2021, dalam usia muda.

Pendidikan beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur kemudian meniti ke Sekolah Menengah Agama MAIWP, seterusnya menyambung pengajian Ijazah Sarjana Mudia (Kimia) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2016 dan dua tahun kemudian, beliau mengikuti pengajian di universiti yang sama dalam pengajian Ijazah Sarjana Sains (Kimia) pada tahun 2018.

Sempena Karnival MAIWP 2023, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah Ikon Pendidikan MAIWP 2023 kepada beliau pada Majlis Pelancaran Karnival MAIWP di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, dengan memperoleh sijil penghargaan, plak serta wang bernilai RM3,000.00

Dr. Muhammad Ameerullah pernah bertugas di Universisti Teknologi MARA (UiTM) Tapah, Perak dan kini merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Penerima anugerah di peringkat Antarabangsa, antaranya; Anugerah Persatuan Kimia Amerika Syarikat dan United Kingdom ketika mewakili Malaysia ke persidangan bertaraf dunia di Washington, Boston, University Of Harvard, USA dan University of Tsukuba, Japan.

Sesungguhnya, Dr. Muhammad Ameerullah bin Sahaudin - suatu ketika sebagai  penerima dana zakat tetapi kini beliau merupakan pembayar zakat.

20230128115632_499A8165_edit_107782345579906_1.jpg20230128115610_499A8159_edit_107757418988243_1.jpgDSC01177.jpgDSC01297.jpgDSC01315.jpgDSC01656.jpgDSC01537.jpgmini_DSC01537.jpgDSC01173.jpgDSC01655.jpgDSC01659.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!