IKON USAHAWAN MAIWP 2023

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2023/28012023-2/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

 mini 20230128115509 499A8145 edit 107634661398678 11

Kuala Lumpur, 28 Jan 2023 - Rabiatul Adawiyah binti Ibrahim, 35 adalah Ikon Usahawan MAIWP 2023 sempena Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diadakan di Dataran Merdeka, Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Beliau merupakan anak ketiga daripada lapan adik-beradik.

Bapanya sebagai pemandu teksi dan ibunya sebagi guru KAFA.

Berperwatakan tegas, sentiasa senyum dan berdedikasi dalam menjalankan perniagaan yang diusahakan.

Sebelum mengikuti kursus makanan di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP, beliau bekerja sebagai guru tadika dengan pendapatan RM900.00 sebulan.

Memandangkan semangat, minat dan nekad untuk meningkatkan taraf hidup, maka beliau mendalami bidang makanan sehingga membawa kepada membuka perniagaan sendiri.

Pada tahun 2016 bermodalkan RM300.00 dan beroperasi di rumah, beliau menubuhkan syarikat Sugarflour dengan jenama Durian Crepe Rabi berasaskan dessert.

Sehingga tahun 2020, beliau bersama 26 orang pasukan kerjanya mampu melantik hampir 500 ejen dan stokis di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dengan jumlah purata jualan sebanyak RM3,850,000.00 sebulan dan produk beliau juga memasuki pasaran luar negara seperti Brunei dan Singapura.

Bagi mempromosikan lagi produk Durian Crepe Rabi, beliau selalu uar-uarkan ketika dijemput sebagai penceramah dalam program Inspirational Talk Show di institusi pengajian tinggi.

Berita kejayaan beliau dalam perniagaan turut mendapat liputan media seperti TV3 melalui slot Wanit Hari Ini, TV Al-Hijrah, BERNAMA dan akhbar KOSMO.

Sebagai menghargai kejayaan beliau, sempena Karnival MAIWP 2023, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah Ikon Usahawan MAIWP 2023, pada Majlis Pelancaran Karnival MAIWP di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan memperoleh sijil penghargaan, plak serta wang berjumlah RM3,000.00.

Kalau dahulu beliau penerima dana zakat tetapi pada hari ini beliau merupakan pembayar zakat.

DSC01247.jpgDSC01267.jpgDSC01176.jpgDSC01284.jpgDSC01667.jpgDSC01660.jpgDSC01668.jpgmini_20230128115509_499A8145_edit_107634661398678_11.jpg20230128115509_499A8145_edit_107634661398678_1.jpg20230128115539_499A8153_edit_107717137070020_1.jpgDSC01174.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!