MAJLIS WALIMATUL URUS PERDANA

Saiz Tulisan :

 

 
 

mini download

 

SIARAN MEDIA

 

29 Jan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada hari ini mengadakan Majlis Walimatul Urus Perdana di tapak karnival Dataran Merdeka, Jalan Raja, Kuala Lumpur, sempena dengan menganjuran Karnival MAIWP 2023.

Majlis Walimatul Urus Perdana ini meraikan seramai 100 pasangan pengantin yang terdiri daripada asnaf fakir, miskin dan mualaf dalam majlis gilang-gemilang bertemakan ”Nostalgia Adat Istiadat Kegemilangan Melayu Islam”. Pasangan pengantin ini menerima sepersalinan pakaian pengantin berserta perhiasan.

Menariknya, 100 pasangan pengantin diarak menaiki Hop on Hop Off KL mengelilingi Jalan Raja Laut sehingga ke tapak karnival di Dataran Merdeka dan disandingkan atas pelamin yang disediakan. Selain itu, mereka juga menerima wang tunai RM2,000 setiap pasangan pengantin. Dalam majlis tersebut, 2 pasangan pengantin akan dinikahkan oleh Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib bin Ismail.

Bantuan perkahwinan merupakan salah satu skim bantuan zakat daripada 30 skim bantuan yang ditawarkan oleh MAIWP. Bantuan ini telah diperkenalkan sejak tahun 2006 bertujuan meringankan beban bakal pengantin dalam mengadakan majlis walimatul urus. Bantuan yang disalurkan berjumlah antara RM3,000 sehingga RM5,000. Pada tahun 2022, MAIWP telah membantu seramai  412 penerima melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.08 juta.

MAIWP sehingga Disember 2022 telah mengagihkan sebanyak RM855.51 juta dana zakat kepada asnaf yang memerlukan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM533.61 juta dibelanjakan melalui agihan zakat secara langsung menerusi skim bantuan-bantuan zakat, manakala agihan zakat secara tidak langsung sebanyak RM30.86 juta diperuntukkan menerusi institusi pendidikan di Bawah MAIWP.

Turut hadir pada majlis ini, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Unit Komunikasi Korporat

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

29 Januari 2023

-TAMAT-

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

Sutera Manis binti Zamzam

Ketua Unit Perhubungan Korporat MAIWP

Tingkat 11, Bangunan Perkim

Jalan Sultan Azlan Shah,

Kuala Lumpur

Email : [email protected]

Telefon : 03-4047 9406 / 012-667 2594

Siti Noor Nazlia Binti Nordin

Unit Perhubungan Korporat MAIWP

Tingkat 11, Bangunan Perkim

Jalan Sultan Azlan Shah,

Kuala Lumpur

Email : [email protected]

Telefon : 03-4047 7626 / 014-981 2188

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!