SELEPAS 49 TAHUN MAIWP ANJUR KARNIVAL

Saiz Tulisan :

mini 20230128115610 499A8159 edit 107757418988243 1

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2023 - Pada hari pelancaran Karnival MAIWP 2023 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan menyampaikan Anugerah Ikon Usahawan MAIWP, kepada Puan Robiatul Adawiah Ibrahim dan Ikon Pendidikan MAIWP, Dr. Muhammad Ameerullah Sahudin di tapak Karnival MAIWP 2023, Dataran Merdeka, Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP ketika sembah ucapan pelancaran berkata Karnival MAIWP akan dijadikan kalendar aktiviti tahunan untuk warga Kuala Lumpur, permulaan kepada perancangan berimpak tinggi MAIWP yang bakal dilaksanakan pada tahun ini melalui pelbagai program telah dirancang, di antaranya; Penubuhan Dapur Berpusat (Central Kitchen), Pembinaan Masjid Cina di Jalan Davis, Pembelian Perumahan Mampu Milik di Labuan untuk golongan asnaf, Penubuhan pusat dialisis dengan kerjasama rakan strategik, Penubuhan Pusat Jagaan Anak-Anak Kelainan Upaya (Autismes, ADHD-Attention Deficit Hyperactive, Syndrom Down, Dyslexia) dan pelbagai aktiviti agihan zakat.

Selepas melalui perjalanan yang panjang, MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) baharu julung kalinya menganjurkan karnival:

”Untuk makluman Duli-duli Tuanku, program Karnival MAIWP ini adalah yang julung kali diadakan oleh MAIWP.

"Karnival yang diadakan semalam dua (2) hari bermula 28 Januari 2023 hingga 29 Januari 2023 ini telah menggabungkan pameran jualan usahawan asnaf, perkhidmatan dari Institusi Pendidikan dan Kesihatan MAIWP, Walimatul Urus Perdana dan MAIWP Run 2023,” demikian sembah ucapan pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar sempena pelancaran Karnival MAIWP tahun 2023 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.

Pengerusi MAIWP ketika sembah ucap menyatakan lagi bahawa MAIWP membelanjakan RM855,519,208.03 pada tahun 2022 untuk agihan melalui perbagai skim-skim yang disediakan oleh MAIWP.

Bertemakan Kecemerlangan MAIWP ke Arah 50 Tahun - Memperkasa dan Berdaya Usaha, karnival ini dilihat akan memberi peluang kepada masyarakat mendekati MAIWP.

Sempena karnival tersebut telah dijadualkan beberapa acara menarik bagi manfaat pengunjung, antaranya;

Pada 28 Januari - Pameran jualan reruai, promosi dan program keusahawanan dan pendidikan, cabutan bertuah, persembahan busking MAIWP, saringan bakat seni MAIWP dan persembahan nasyid.

Pada 29 Januari - MAIWP Run, cabutan bertuah, dipertontonkan 100 pasangan penggantin dalam Majlis Walimatul Urus Perdana, dua pasangan penggantin akan dinikahkan oleh Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail, makan beradab penggantin bersama keluarga, penggantin dipersandingkan, penggantin diarak menaiki bas ’Hop on Hop Off KL’ dan diraikan sebagai raja sehari, bengkel kartun, pertandingan melukis poster, demontrasi robotik, program pendidikan MAIWP dan pementasan As-Sabil (seni budaya antarabangsa).

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!