KARNIVAL MAIWP

Saiz Tulisan :

 

mini_download.png

 

SIARAN MEDIA

 

28 Jan – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) julung kalinya hari ini menganjurkan Karnival MAIWP 2023 bagi menyebarluas peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh MAIWP kepada mereka yang memerlukan di samping memperkasakan nilai kebersamaan MAIWP dengan agensi-agensi yang terlibat.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan  mencemar duli menyempurnakan Karnival MAIWP 2023.

Karnival MAIWP berlangsung selama 2 hari; 28 da 29 Januari 2023 dengan membawa tema Kecemerlangan MAIWP ke Arah 50 Tahun - Memperkasa dan Berdaya Usaha. Pada hari ini, sebanyak 100 reruai disediakan yang mengabungkan pameran jualan usahawan asnaf MAIWP, perkhidmatan dan institusi pendidikan serta kesihatan di Bawah MAIWP. Selain itu, rakan - rakan strategik MAIWP juga turut membuka reruai untuk orang ramai.

Salah satu program yang menjadi tarikan Karnival MAIWP 2023 ialah penganjuran MAIWP Run. Acara ini akan dilepaskan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). MAIWP Run menawarkan sebanyak 2 kategori laluan; 3KM dan 5KM yang melibatkan laluan sekitar Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Dang Wangi, Jalan Tunku Abdul Rahman dan berakhir di Dataran Merdeka, Jalan Raja, Kuala Lumpur, di tapak Karnival MAIWP 2023.

Dalam sembah ucapan Pengerusi MAIWP berkata, Karnival MAIWP akan menjadi kalendar aktiviti tahunan MAIWP. Ini merupakan permulaan kepada perancangan MAIWP bagi aktiviti berimpak besar yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Antaranya; adalah penubuhan central kitchen, pembinaan masjid cina di Jalan Davis, pembelian perumahan mampu milik di Labuan bagi golongan asnaf, penubuhan pusat dialisis dengan kerjasama strategik dan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak kelainan upaya.

Dalam majlis ini juga, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut mengurniakan sijil penghargaan, plak serta cek cura berjumlah RM3,000 kepada Ikon Usahawan MAIWP kepada Puan Robiatul Adawiah Ibrahim dan Ikon Pendidikan MAIWP, Dr. Muhammad Ameerullah Sahudin.

Turut hadir dalam majlis ini, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP dan YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.

Unit Komunikasi Korporat

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

28 Januari 2023

 

-TAMAT-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

Sutera Manis binti Zamzam

Ketua Unit Perhubungan Korporat MAIWP

Tingkat 11, Bangunan Perkim

Jalan Sultan Azlan Shah,

Kuala Lumpur

Email : [email protected]

Telefon : 03-4047 9406 / 012-667 2594

 

Siti Noor Nazlia Binti Nordin

Unit Perhubungan Korporat MAIWP

Tingkat 11, Bangunan Perkim

Jalan Sultan Azlan Shah,

Kuala Lumpur

Email : [email protected]

Telefon : 03-4047 7626 / 014-981 2188

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!