KECERIAAN, MELAKAR PERHIMPUNAN JANUARI

Saiz Tulisan :

mini 324862791 5864004130301548 2648162140067943178 n 1

KUALA LUMPUR, 13 Januari 2023 - Perhimpunan Bulan Januari 2023 pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan penuh ceria disampaikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Nizam Yahya di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Perhimpunan yang dihadiri sekitar 600 pegawai dari pelbagai Bahagian dan Unit, turut diceriakan lagi dengan kehadiran pegawai anak-anak syarikat MAIWP, pensyarah, guru-guru, iman dan bilal.

Seramai 14 pegawai telah menerima surat kenaikan pangkat daripada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif pada perhimpunan tersebut, antaranya; Puan Farizah Binti Kamaruzzaman, N52, Encik Affandey Bin Yaakub, E52, Encik Mohd Rodzi Bin Osman, N52, Puan Nor Azizah Binti Abdullah, E48, Puan Yazah Binti Ahmad, N48, Encik Helmy Bin Yahya, S44, Puan Sutera Manis Binti Zamzam, N44, Puan Norjamimah Binti Ahmad, N44, Encik Saha Bin Shaari, E44, Puan Sharifah Khadijah Binti Syed Mohsin, N32, Puan Nor Aiza Binti Adnan, S32, Puan Faizah Binti Abdullah, E26, Encik Mohd Hafez Bin Ismail, E22 dan Puan Fazliana Binti Shafei, S22.

Ketika berucap, Encik Mohd Nizam menjelaskan untuk tahun 2023, MAIWP memperuntukkan sebanyak RM1.48 bilion; merangkumi perbelanjaan agihan sebanyak RM1.18 billion, belanja mengurus RM199.56 juta; dan belanja pembangunan RM70.78 juta, iaitu peningkatan hampir 13.54% berbanding peruntukan perbelanjaan tahun 2022.

“Saya yakin dan percaya setiap Bahagian mampu untuk menguruskan perbelanjaan dengan baik, untuk itu, Bahagian-Bahagian perlu memastikan perbelanjaan tahun 2023 mencapai sasaran daripada peruntukan yang diterima.”

“Ini merupakan KPI (Key Performance Indicator) untuk semua Bahagian, iaitu, 3 KPI Umum;  Bahagian perlu memastikan 100 peratus pegawai hadir sekurang-kurangnya 7 hari latihan setahun,  keterlibatan warga Bahagian dalam program rasmi MAIWP dan dengan projek KIK (Kumpulan Inovatif Dan Kreatif),” ucap Encik Mohd Nizam Yahya.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, menjelas dan mengutarakan beberapa KPI dan peranan Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit di MAIWP termasuk anak-anak syarikat dan institut pendidikan agar mencapai hasrat MAIWP untuk menjulang kejayaan pada tahun ini.

“MAIWP telah menetapkan  tahun 2023 sebagai Tahun Pengupayaan Kompetensi Pegawai MAIWP; bergerak seiring dengan peredaran teknologi dan perubahan cara pemikiran yang lebih relevan dengan keadaan semasa tetapi pada masa yang sama memegang teguh ajaran Al-Quran dan Sunnah," ujar beliau.

Beliau juga memaklumkan selain KPI umum, setiap Bahagian, pengurusan juga telah menetapkan KPI khusus dan berfokus kepada  fungsi Bahagian dan Unit masing-masing.

Kecerian perhimpunan bulanan kali ini terbayang apabila sekali-sekala kedengaran tepukan gemuruh dan gelak tawa daripada hadirin memeriahkan suasana Dewan Masjid Wilayah Persekutuan dalam tempoh sejam 26 minit, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP berucap.

Pada perhimpunan tersebut, dua pegawai berprestasi cemerlang untuk bulan Disember 2022 telah dinobatkan; Muhamad Nazri bin Rupadi, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Musfirah Najwa binti Muhamad, dari Unit Audit Dalam.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!