MENTERI PORTFOLIO AGAMA LAWAT MAIWP

Saiz Tulisan :

mini DSC09277

KUALA LUMPUR, 5 Januari 2023 - YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Haji Mokhtar, Menteri Agama dalam Kabinet pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, melakukan lawatan rasmi buat julung kalinya di  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), setelah dilantik pada 3 Disember 2022.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Nizam Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Fauzi Abidin, Pengurus-Pengurus kanan dan pegawai-pegawai MAIWP.

Pada lawatan tersebut, YB Senator Menteri telah diberi taklimat berkaitan MAIWP dan beberapa perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Sebenarnya, YB Senator Menteri tidak asing kepada MAIWP kerana sebelum dilantik sebagai menteri, beliau merupakan Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang banyak menyumbang masa, tenaga dan idea dalam memperkasa visi MAIWP.

YB Senator Menteri memiliki kelulusan doktor falsafah (PhD) Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) dari University of London, United Kingdom.

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na’im, anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur, berpengalaman luas dalam bidang kepakarannya; sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Hakim Mahkamah Syariah Petaling antara 1998 hingga 2001, sebelum meneruskan khidmat di Kuala Lumpur hingga 2003 dan kemudian dilantik sebagai Pegawai Penyelidik, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sehingga 2005, menjadi pensyarah di UKM dan UIAM pada 2003 sehingga 2008, Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bermula 1 April 2019 sehinggalah dilantik sebagai menteri.

YB Senator Menteri juga pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di JKSM, Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, menganggotai Panel Majlis Perundingan Islam, Ahli Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), menganggotai Panel Majlis Perundingan Islam pada 2015 dan Penasihat Syariah CIMB Islamic Bank, menyertai Lembaga Penasihat Syariah bank-bank Islam tempatan dan asing serta Syarikat Takaful seperti CIMB Islamic Bank, Salihin Trustee Bhd dan American and British Investment Bank (Mauritius).

Selain itu, Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im adalah Profesor Adjung di Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2012 selain pernah menjadi Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) sesi 2010-2012 serta panel perunding di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Kehebatan Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na’im turut diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila dilantik sebagai Felo Pelawat di Harvard Law School, Universiti Harvard, Amerika Syarikat bermula 1 Februari 2013 sehingga 31 Mei tahun sama.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!