MISI BANJIR MAIWP INSANI DI RANTAU PANJANG

Saiz Tulisan :

 mini DSC07677

Konvoi misi banjir MAIWP INSANI telah mengagihkan barangan untuk keperluan mangsa banjir di kawasan Rantau Panjang, Kelantan berhampiran dengan Masjid Beijing. Kerja-kerja pengagihan bantuan diberikan kepada penduduk berhampiran dijemput hadir di masjid atau petugasi-petugas Skuad MAIWP INSANI akan mendatangi rumah penduduk untuk pengagihan barangan tersebut.

Kelihatan ketua rombongan Ustaz Ahmad Talmizi Yahaya bersama YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, Ahli Parlimen Rantau Panjang ketika menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir.

Disamping Skuad MAIWP INSANI, pemunggahan barangan sumbangan mangsa banjir turut dibantu oleh penduduk setempat.

Ustaz Ahmad Talmizi dan skuad beliau  mendatangi rumah-rumah penduduk bagi tujuan menyalurkan sumbangan bantuan.

 

مَرْحَباً أَهْلاً وَسَهْلاً

"Selamat datang, Kami menerimamu sebagai bagian dari keluarga kami dengan mudah"

وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!