KARNIVAL MAIWP 2023
Naurah Care Malaysia yang diamanahkan mengandalikan penganjuran Karnival MAIWP 2023 dalam siaran akhbarnya mengalukan-alukan penglibatan masyarakat Wilayah Persekutuan terutamanya golongan asnaf dan B40.
Pelbagai program telah disusun sepanjang tempoh dua hari itu bagi memeriah dan menjayakan Karnival MAIWP 2023.
Berikut adalah petikan siaran akhbar tersebut:
Penglibatan masyarakat di Wilayah Persekutuan khususnya golongan asnaf dan B40 amat penting terutamanya penyertaan mereka dalam bidang ekonomi, sosiobudaya, mampu berdaya saing, pasca pendemik Covid-19 dan cabaran tahun 2023.
Justeru, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menganjurkan Karnival pada 28 dan 29 Januari 2023 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Penglibatan masyarakat amat dialu-alukan kerana banyak pengisian program yang padat pada tarikh tersebut, antaranya:
- Pembukaan 100 booth @reruai usahawan asnaf, influencer, selebriti, anak-anak syarikat MAIWP dan agensi.
- MAIWP Run dijangka disertai seramai 10,000 perta yang akan melakukan larian dalam 2 kategori; 3 km dan 5 km.
- Majlis Walimatul Urus Perdana melibatkan 100 pasangan pengantin di kalangan asnaf bertemakan ‘Nostalgia Adat istiadat Sejarah Kegemilangan Melayu Islam’.
- Penyampaian anugerah ikon Usahawan asnaf dan ikon Pendidikan asnaf MAIWP.
- Persembahan nasyid oleh kumpulan Raihan, Rabbani, In-Team, Aydan dan Nada Murni.
Anjuran MAIWP
Dengan kerjasama
NAURAH CARE MALAYSIA
Puan Lynn
012-3401677