MISI BANJIR DIPERUNTUKKAN RM6 JUTA
BATU, 28 Disember 2022 - Majlis pelepasan konvoi Skuad MAIWP INSANI, misi banjir 2022 disempurnakan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar selepas salat Zohor di Kompleks Darul Kifayah, Kuala Lumpur.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi tujuan misi bantuan banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Negeri-negeri yang terlibat; Pahang, Terengganu dan Kelantan, masing-masing menerima sumbangan bantuan sebanyak RM1 juta yang disalurkan melalui Majlis Agama Islam Negeri.
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk misi bantuan banjir MAIWP INSANI termasuk untuk barangan sumbangan yang akan diagihkan kepada mangsa banjir
Manakala RM1 juta disalurkan bagi pasca banjir Skuad Musa’adah Agensi Agama dibawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Konvoi bantuan MAIWP INSANI bergerak ke Terengganu dan Kelantan dengan membawa bantuan kelengkapan barangan dan dijangka kembali ke Kuala Lumpur pada 30 Disember 2022.
Turut hadir memeriahkan pelepasan, Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Pengurus-Pengurus Anak Syarikat Milik MAIWP.