KARNIVAL MAIWP 2023 BERTAUT KASIH

Saiz Tulisan :

mini DSC07125

KUALA LUMPUR, 28 Disember 2022 - Majlis Pra Pelancaran Karnival MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)  yang diadakan pada 28 dan 29 Januari 2023 telah disempurnakan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, di Hotel Ideas, Kuala Lumpur.  

Karnival MAIWP diadakan bertujuan mengumpul dan meraikan pelbagai lapisan masyarakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sekitar terutamanya, golongan asnaf dan B40 dengan aktiviti-aktiviti berkonsepkan berkongsi peluang dengan masyarakat dengan pelbagai acara termasuk pameran pendidikan, rakan-rakan korporat, jualan gerai usahawan asnaf dan meraikan 100 pasangan pengantin baru.

Pada 28 Januari 2023, Karnival ini akan dilancarkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj akan mencemarkan duli dalam acara ini.

Dalam majlis tersebut, KDYMM Yang di-Pertuan Agong juga akan menyampaikan Anugerah Ikon Usahawan MAIWP dan Anugerah Ikon Pendidikan MAIWP sebagai motivasi dan pemangkin kepada golongan asnaf untuk berjaya dan meningkatkan taraf hidup.

Turut bersama hadir pada hari tersebut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.

keesokan harinya, Majlis Walimatul Urus Perdana turut diadakan bagi meraikan 100 pasangan pengantin baru dengan diserikan lagi melalui kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Selepas salat Subuh program ‘MAIWP Run’ dengan penyertaan terbuka dan disasarkan 10,000 peserta dengan pelepasan akan dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar dan Menteri Pelancongan, YB Datuk Seri Tiong King Sing.

Suatu yang istimewa dalam ‘MAIWP Run’ ini, peserta terdiri daripada pelbagai peringkat; kalangan pembayar zakat, golongan OKU, penghuni rumah-rumah pelindungan, maahad tahfiz, anggota badan beruniform serta orang awam dengan jarak larian antara 3 km dan 5 km.

MAIWP berbesar hati menjemput warga Wilayah Persekutuan dan  sekitar, bersama-sama memeriahkan karnival ini.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!