SKUAD MUSA'ADAH AGENSI AGAMA DIGERAKKAN
PUTRAJAYA, 22 Disember 2022 - Skuad Musa'adah (bantuan/sokongan) Agensi Di Bawah YB Dato' Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama menyahut seruan YAB Perdana Menteri agar dapat menyantuni mangsa-mangsa yang mengalami musibah di Pantai Timur, khususnya Terengganu dan Kelantan.
Susulan itu, YB Menteri merasmikan pelepasan Skuad Musa'adah Agensi Di bawah YB Menteri di Dataran Kompleks Islam Putrajaya, Putrajaya.
Turut hadir mengiringi YB Menteri, Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Majlis dimulakan dengan ucapan YB menteri, kemudian penyerahan ‘vest Skuad Musa'adah’ kepada ketua-ketua agensi, penyerahan cek cura bantuan, pelekat sebagai simbolik Skuad Musa'adah di semua kenderaan yang terlibat.
Skuad ini akan bergerak ke negeri-negeri yang terlibat pada 27 Disember 2022 dengan membawa bantuan kepada mereka yang terkesan.
Disamping membawa barangan, skuad ini juga bersedia memberikan khidmat pembersihan dan bantuan am.