SKUAD BRIGED MUDA MAIWP

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 12 10 at 13.05.34 2

BATU, 10 Disember 2022 - Majlis Pelancaran Skuad Briged Muda MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)  disempurnakan oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Ahli MAIWP merangkap Pengerusi SPC-MAIWP di Dewan Besar, Kompleks Darul Kifayah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Muda, Kuala Lumpur, di sini sebentar tadi.

Penubuhan Skuad Briged Muda MAIWP adalah satu inisiatif untuk memupuk nilai kebersamaan antara MAIWP dan masyarakat melalui penglibatan secara sukarela dan bersedia berkhidmat turun di lapangan bersama-sama MAIWP menyantuni asnaf di Wilayah Persekutuan.

Majlis dimulai dengan pelancaran Skuad Briged Muda MAIWP disusuli dengan perasmian Laman Pertanian Darul Kifayah dan gotong royong di kawasan Kompleks Darul Kifayah, Kuala Lumpur.

Majlis dijayakan  melalui penglibatan lebih 300 peserta termasuk Sukarelawan Briged Muda MAIWP.

Turut bersama majlis ini, encik Mohd Fauzi Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, pengurusan dan pegawai-pegawai MAIWP, Selebriti Jimmy Shanley, alumni pelajar Darul Kifayah dan penghuni kuarters Kompleks Darul Kifayah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

mini_WhatsApp_Image_2022-12-10_at_13.05.34_2.jpegWhatsApp_Image_2022-12-10_at_13.05.34_1.jpegWhatsApp_Image_2022-12-10_at_13.05.35_2.jpegWhatsApp_Image_2022-12-10_at_13.05.35_1.jpegWhatsApp_Image_2022-12-10_at_13.05.34.jpegWhatsApp_Image_2022-12-10_at_13.05.34_2.jpegWhatsApp_Image_2022-12-10_at_13.05.36.jpegWhatsApp_Image_2022-12-10_at_13.05.35.jpegWhatsApp_Image_2022-12-10_at_13.05.37_2.jpegWhatsApp_Image_2022-12-10_at_13.05.36_1.jpegWhatsApp_Image_2022-12-10_at_13.05.37_1.jpegWhatsApp_Image_2022-12-10_at_13.05.37.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!