USAHAWAN DIBIMBING PADA PROGRAM ‘GROWTHPRENEUR SUCCESS’
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
NILAI, 1 Disember 2022 - Program ‘Growthpreneur Success’ yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Asnaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (BPA MAIWP) merupakan permulaan perkongsian ilmu dan MAIWP akan menjalankan sesi pemantauan berkala terhadap perniagaan yang dijalankan oleh usahawan terlibat dalam tempoh setahun.
“Projek perintis MAIWP ini dijangka dapat melahirkan usahawan yang mampu berdikari dan gigih berusaha untuk membangunkan ekonomi keluarga melalui perniagaan,” ucap encik Mohd Fauzi Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian penutup Program 'Growthpreneur Success' MAIWP dengan kerjasama UniKL-BMI di Institut Kepimpinan Dan Pembangunan UiTM Bandar Einstek, Nilai sebentar tadi.
MAIWP telah merangka kerjasama bersama UniKL-BMI untuk melatih 80 Usahawan Asnaf MAIWP yang celik IT berkemahiran dan berdaya saing.
Melalui program tersebut, MAIWP memperuntukkan RM0.5 juta khusus bertujuan membantu usahawan di kalangan asnaf untuk jana pendapatan tambahan.
Besar harapan MAIWP, para peserta dapat mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang dikongsi agar menjadi usahawan yang berjaya.