MAIWP PERTAHAN AUDIT BERSIH 16 TAHUN

Saiz Tulisan :

 mini 314670588 499469222218802 6496634920488395089 n

KUALA LUMPUR,  11 November 2022 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP) terus merekodkan pencapaian Audit Bersih bagi kali ke -16 pada tahun ini.

Pengurusan kewangan yang cekap dan telus amat dititikberatkan oleh MAIWP.

Sebagai sebuah agensi agama yang menjaga amanah zakat, perkara ini menjadi asas penting memastikan zakat diagihkan menepati dengan kehendak syara’ dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

Bagi memastikan ianya terlaksana, pengurusan kewangan MAIWP sentiasa dipantau oleh Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan.

Pada tahun ini, Jabatan Audit Negara (JAN) sekali lagi memberikan Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran kepada Penyata Kewangan  MAIWP.

Pencapaian ini merupakan pencapaian tahun ke-16 berturut-turut. Ia diberikan kepada MAIWP setelah berjaya mempersembahkan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2021 mengikut piawaian perakaunan yang diterima umum, diamalkan secara konsisten, seragam serta pendedahan yang mencukupi.

Sesi penyampaian Sijil Audit Bersih ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nor Salwani binti Haji Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) kepada Encik Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutuf MAIWP di Pejabat MAIWP, Kuala Lumpur.

Hadir sama YBhg. Datuk Anwari bin Suri selaku Ahli MAIWP dan Encik Mohd Fauzi Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP.

mini_314670588_499469222218802_6496634920488395089_n.jpg313441157_499469202218804_7614970500051906444_n.jpg314227730_499469178885473_4970508124782589435_n.jpg314670588_499469222218802_6496634920488395089_n.jpg315097817_499469128885478_689336311885108941_n.jpg314676143_499469092218815_8782230506461501549_n.jpg315166626_499469162218808_5132261714505830623_n.jpg315391274_499469122218812_4864797040558503119_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!