KELUARGA MAIWP - KELUARGA PRIHATIN
WANGSA MAJU, 2 November 2022 - Atas dasar tanggungjawab dan semangat kekeluargaan, encik Mohd Fauzi Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) bersama puan Suwaibah Romli, Timbalan Yang Dipertua Badan Kebajikan Pekhidmat MAIWP (BKPM), hadir menziarahi balu kepada arwah Che Adnan bin Mohd Ali kakitangan MAIWP.
Arwah meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki.
Sempena lawatan itu, MAIWP menyalurkan bantuan melalui Wang Pengurusan Jenazah berjumlah RM3,000.00 yang disampaikan oleh encik Mohd Fauzi manakala BKPM turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000.00.
MAIWP akan memastikan pelajaran anak kepada arwah Che Adnan menerima pelajaran menerusi institusi pendidikan MAIWP yang ada.