MAIWP PENGANJUR BERSAMA IJPAM 2022

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 11 02 at 11.26.02 

BANGI, 1 November 2022 -  Buat julung kalinya agensi agama seluruh Malaysia termasuk agensi persekutuan dan negeri berkumpul menyertai Majlis Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) Tahun 2022 di Bangi Selangor.

Program kejohanan sukan anjuran MAIWP, JAKIM dan JAWI ini berlangsung mulai 1 November 2022 dan berakhir pada 6 November 2022 di  Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd (ILSAS), Bangi Selangor.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang dihadiri lebih 1,000 peserta dan  wakil kontinjen di Dewan Badminton ILSAS, Bangi Selangor Darul Ehsan.

YB Menteri dalam ucapannya berkata formula kebersamaan melalui penganjuran IJPAM ini dapat menjadi platform untuk mempertingkatkan ukhuwah dan kesatuan antara agensi agama persekutuan dan negeri.

“Kita dapat memegang panji-panji untuk menjaga agama Islam dan umat Islam Malaysia. Ia tugas berat yang memerlukan kesabaran, kecekalan, pengorbanan serta daya juang yang tinggi,” ujar beliau

Sebanyak 21 pasukan dari seluruh negara mengambil bahagian dalam 8 acara yang dipertandingkan dan pastinya MAIWP menyertai semua acara yang dipertandingkan.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!