AKADEMIK PELAJAR DARUL KIFAYAH DIPERKASA

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 10 29 at 3.57.05 PM

BATU, 29 Oktober 2022 - Darul Kifayah MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Sentul, Kuala Lumpur, untuk memperkasa mutu akademik pelajar agar setanding dengan pelajar cemerlang di seantero negara.

Usaha-usaha dijalankan, antaranya; melantik guru pakar yang juga merupakan antara panel pemeriksa kertas soalan SPM untuk membimbing pelajar Darul Kifayah secara intensif, khususnya mata pelajaran teras dan kritikal.

Hasilnya, membanggakan apabila sebahagian pelajar Darul Kifayah memperolehi 7A dan mencapai 99% lulus dalam peperiksaan SPM 2021.

Perkara ini dimaklumkan oleh Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar Darul Kifayah MAIWP 2022 yang diadakan di Dewan Darul Kifayah Kuala Lumpur.

"MAIWP melihat pendidikan berkualiti sangat efektif mentransformasikan keluarga asnaf dan B40," ujar Pengerusi MAIWP.

Pelbagai inisiatif turut diberikan MAIWP kepada para pelajar, antaranya; kelas tambahan, pengajian kelas agama, motivasi dan lawatan sambil belajar demi membentuk jati diri pelajar.

Pada Majlis ini telah disampaikan 6 kategori Anugerah Cemerlang kepada 39 pelajar.

Turut diraikan dua tokoh Alumni Cemerlang Darul Kifayah iaitu Siti Rafidah Ab Rashid yang kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan Pengajian Kimia, UiTM Shah Alam dan Muhammad Amar Mazlan, sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Master of Science Built Environment di  International Islamic University Malaysia (IIUM).

mini_WhatsApp_Image_2022-10-29_at_3.57.05_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-10-29_at_3.56.05_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-10-29_at_3.56.08_PM_11.jpegWhatsApp_Image_2022-10-29_at_3.56.07_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-10-29_at_3.56.05_PM1.jpegWhatsApp_Image_2022-10-29_at_3.56.10_PM1.jpegWhatsApp_Image_2022-10-29_at_3.56.09_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-10-29_at_3.56.08_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-10-29_at_3.56.10_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-10-29_at_3.57.05_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-10-29_at_3.56.40_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-10-29_at_3.57.06_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-10-29_at_3.56.40_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-10-29_at_3.57.59_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-10-29_at_3.57.24_PM.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!