AQIL AZHAD JUARA BERCERITA PRASEKOLAH WP

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2022/13102022/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

mini IMG 5881

DAMANSARA, 13 Oktober  2022 - Pertandingan Akhir Bercerita Prasekolah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2022 anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) disiarkan secara dalam talian menerusi halaman rasmi MAIWP di Studio Lensa Film Sdn Bhd., Kuala Lumpur.

Pertandingan tersebut merupakan salah satu usaha dan inisiatif Bahagian Pembangunan Insan (BPI) MAIWP memperkasa tahap dan mutu pendidikan institusi bermula dari prasekolah sehingga peringkat pengajian tinggi.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Fauzi Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP secara dalam talian.

“Melalui program ini, murid akan lebih berketerampilan dan mempunyai skil komunikasi yang baik dalam penyampaian.

“Bakat-bakat baharu juga dapat ditonjolkan dan diketengahkan kepada khalayak umum,” ujar Mohd Fauzi.

Pertandingan yang julung kali diadakan ini melibatkan prasekolah ( 5 & 6 tahun ) di Wilayah Persekutuan dengan penyertaan seramai 55 peserta.

Seramai 9 peserta berjaya melayakkan diri di peringkat akhir dengan membawa pulang wang tunai dan piala, antaranya; Rabiatul Adawiyah binti Mohd Razi (Permata MAIWP Al-AMAL, Tg. Aru, Labuan),  Uwais bin Ahmad Suhaimi (Permata MAIWP Othmaniah, Kuala Lumpur), Nur Qayla Qaysara binti Mat Asnawi (Permata MAIWP Nurul Iman, Pekan, Labuan), Airies Khalisya binti Mohd Amin (Prasekolah Cahaya Hati, Kuala Lumpur), Engku Raisha Faqihah Binti Engkau As-Hadi (Prasekolah SK Danau Kota 2, Kuala Lumpur), Muhammad Anas bin Zul Abral (Prasekolah SK Danau kota 2, Kuala Lumpur), Aqil Azhad bin Alif Hadri (Tadika Kemas Sri Mahang, Kuala Lumpur), Puteri  Camelieya Qarina binti Ahmad Shafie (Prasekolah Gemilang SK Setiawangsa, Kuala Lumpur) dan Nur Haura Nabihah  binti Abdul Hadi  (Permata MAIWP Sumayyah, Kuala Lumpur).

Johan dimenangi oleh, Aqil Azhad, membawa pulang RM2,000.00 tunai dan piala, naib johan, Airies Khalisya, menerima RM1,000.00 tunai dan piala, tempat ketiga, Uwais bin Ahmad Suhaimi, menerima wang tunai RM500.00 dan piala, manakala peserta  keempat hingga ke sembilan menerima saguhati masing-masing membawa RM250.00 tunai dan piala.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!