USAHAWAN DIBANTU MELALUI CAGARAN EMAS
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
SEGAMBUT, 12 Oktober 2022 - Kolaborasi strategik antara MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dengan YaPEIM (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia) melalui Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Asnaf telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
Program ini mensasarkan sekurang-kurangnya 2,000 orang usahawan asnaf menyertai program tersebut melalui pembukaan Akaun Emas di YaPEIM dengan dana MAIWP berjumlah RM20 juta, sebagai sekuriti atau jaminan untuk membolehkan mereka mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan, dan/serta YaPEIM pula memperuntukkan RM10 juta sebagai pinjaman kepada usahawan.
Dalam ucapannya, YB Menteri berharap usahawan asnaf yang terpilih menyertai program ini memanfaatkann sebaik mungkin peluang yang ada untuk menjadi muzakki dan kembali menyumbang zakat serta berpesan agar asnaf tidak leka dan lalai dalam melaksanakan ibadah serta sentiasa jujur dalam melaksanakan aktiviti perniagaan.
“Dalam catatan saya, dalam tempoh setahun, lebih 101 insiatif, penambahbaikan telah dilaksanakan dalam pentadbiran Islam, meliputi bidang, seperti; dasar, transformasi pengurusan, kesejahteraan sosial, pendidikan, pembangunan sosial ekonomi dan sebagainya.
“Ada program yang bersifat jangka pendek (win-win) dan ada yang bersifat jangka panjang, antaranya adalah untuk mendepani impak ekonomi dan emosi masyarakat akibat dilanda Covid ini.
“Pada tahun 2021 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengagihkan zakat sebanyak RM725.14 juta menerusi pelbagai skim untuk membantu para asnaf yang dimanfaatkan secara langsung seramai 216,525 orang penerima bantuan.
“Mankala pada tahun ini sahaja, bermula dari 1 Januari hingga 31 0gos, MAIWP telah mengagihkan zakat berjumlah RM511.07 juta, lebih daripada setengah bilion kepada asnaf dan masyarakat yang memerlukan melalui pelbagai skim bantuan ,” ujar beliau.
YB Menteri juga tidak lupa memberi petua kepada peserta program supaya melakukan perkara-perkara berikut:-
#SALAT Jangan tinggalkan kerana ia tiang agama, memberi ketenangan dan penolong ketika kesusahan
#BERDOA untuk memohon sesuatu hajat dan keampunan kepada Allah SWT
#SEDEKAH bagi menyebarkan kebajikan
#ZAKAT bagi menyubur dan memberkati harta
#SALAT DHUHA melapangkan rezeki
#ZIKIR mendekatkan diri dan mengingati Allah SWT, kawal emosi dan lapangkan dada
#MEMBACA AL-QURAN bagi merahmati, menenangkan dan penawar kehidupan
#JUJUR mendekatkan diri dengan Nabi SAW dan membina keikhlasan sakhsiah diri
#KUALITI sifat terbaik pada penampilan diri dan bersungguh dalam bekerja
#MEMBINA HUBUNGAN silaturrahim sesama kawan dan masyarakat
#TAKAFUL saling bertolongan dan menjamin masa hadapan
#SIMPANAN sebagai persediaan awasan dan mendidik diri menabung
#PERKESO daftar diri menjadi ahli untuk awasan diri
Hadir sama menyerikan majlis, Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Tuan Haji Awang @Musran Tawil, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM dan Encik Mohd Fauzi Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.