MAIWP MERAIKAN PENGHAFAZ AL-QURAN
SEGAMBUT, 6 Oktober 2022 - Saban tahun Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengadakan Tasmi’ Al-Quran kepada huffaz di Wilayah Persekutuan.
Bagi meletakkan keupayaan kekuatan ingatan peserta, Temuduga Program Tasmi’ Skim Bantuan Galakan Hafazan Al-Quran Kategori Terbuka tahun 2022 telah diadakan pada 4-5 Oktober 2022 melibatkan seramai 450 peserta di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Menerusi galakan hafazan al-Quran, peserta diwajibkan melalui ujian tasmi' mengikut empat kategori yang ditetapkan, iaitu; kategori 1-5 Juzuk bantuannya sebanyak RM750.00, kategori 1-10 Juzuk bantuannya sebanyak RM1,500.00, kategori 1-20 Juzuk bantuannya sebanyak RM 3,000.00 dan 1-30 Juzuk bantuannya sebanyak RM4,500.00.
Skim ini merupakan insentif galakan yang diberikan kepada huffaz Al-Quran di Wilayah Persekutuan dalam usaha MAIWP membudayakan amalan membaca dan menghafaz al-Quran disamping menyebarkan di kalangan masyarakat.
Ustaz Ahmad Talmizi Yahaya, Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP hadir bagi memantau kelancaran Program Tasmi’ Skim Bantuan Galakan Hafazan Al-Quran selama dua hari itu.