PBAZ DAN PAPA BERRY RUNGKAI VIRAL MEDIA SOSIAL
BATU, 4 Oktober 2022 – Pengurus Bahagian Agihan Zakat (PBAZ ), Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya, mengambil inisiatif bersama pempengaruh media sosial, Encik Fais al-Hajari Aka Papa Berry mengadakan pertemuan di pejabat PBAZ.
Pertemuan tersebut diadakan bagi merungkai permasalahan susulan penularan video Aka Papa Berry berkenaan dilema yang dihadapi oleh segelintir pihak untuk memohon bantuan daripada masjid dan pusat zakat sehingga terpaksa meminta sumbangan daripada pihak gereja.
Hasil pertemuan, persepsi negatif terhadap Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berjaya dijernihkan khususnya berkenaan proses permohonan bantuan di MAIWP berdasarkan dasar dan Standard operating procedure (SOP) @Prosedur operasi standard yang diamalkan di MAIWP, yang penting bagi mengelakkan ketirisan dalam agihan zakat.
Papa Berry menyatakan komitmennya untuk membuat video susulan dari perspektif MAIWP untuk mengimbangi persepsi dan memahamkan masyarakat berdasarkan fakta tentang proses permohonan zakat yang efisyen di MAIWP.
Pertemuan empat mata itu telah membina suatu kondusif yang saling memelihara hubungan baik demi maslahat umat Islam.